Showing posts with label Tips Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Tips Bisnes. Show all posts

Sunday, 6 September 2015

Jurnal 31/44 : Mengira Stok Barang Niaga

Teks ; Nor Azlina Najib
Gambar : Nor Azlina Najib

Selamat hari minggu semua. Sekejap sahaja masa berlalu. Semalam Sabtu, hari ini sudah menjengah Ahad. Bagi ibu-ibu bekerja di Johor, Kelantan & Perlis, hari Ahad merupakan hari bekerja. Manakala bagi suri-suri di negeri yang lain, hari ini masih lagi cuti hujung minggu.

Kebiasaan waktu begini si ibu sudah pun menyelesaikan kerja rumah yang tidak pernah habis. Celik mata sudah memikirkan menu apa untuk sarapan, sambil membasuh baju, sekejap lagi menyapu/mengemop rumah. Selesaikan tugasan yang berat sementara anak-anak masih di ulit lena.

Nanti bila sudah bangun, anak-anak perlu di mandikan, di suapkan sarapan, bermain seketika sambil melepaskan lelah atau menunggu baju di mesin basuh selesai di proses, kemudian sambung pula proses menjemur baju,....dan bila kalih pandangan pada jam, ohh sudah jam 12 tengah hari, masa untuk menyiapkan makan tengah hari pula.

Sudah siap memasak, azan Zuhur berkumandang. Solat dahulu sebelum siapkan meja makan. Usai solat, makan bersama keluarga  sambil bersembang dengan suami tentang apa jua topik. Kembali kemaskan meja makan, ohh baju di ampaian sudah kering, yang mana perlu di lipat, yang mana perlu di seterika, diasingkan dan diproses satu persatu.

Nah, itu situasi yang sama bagi semua surirumahtangga bila berada di rumah. Tapi bagi suri yang berniaga, seperti Nur..Nur akan peruntukkan masa untuk mengira stok, memproses pesanan pelanggan untuk di pos keesokkan harinya, membuat kira-kira mudah untung rugi dan keperluan membuat tambahan stok. 




Jika semua dalam keadaan teratur, proses ini hanya mengambil masa kurang dari sejam. Ini amat perlu bagi memastikan semua kerja hakiki sebagai ibu, isteri dan peniaga online berjalan lancar dan tidak menjejaskan mana-mana fungsi.

Itulah sedikit sebanyak aktiviti hujung minggu saya jika tidak ke mana-mana.

Oh, ya ....peruntukkan juga masa sekurang-kurangnya 30minit untuk update facebook, kemaskini blog selaku seorang Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) dan membelek ebook yang baru di beli dan ditawarkan setiap bulan. Untuk bulan September, kami menawarkan 3 lagi ebook pada harga Rm50.00




eBook Yeay, Mama sudah 'resign', 101 idea Home Based Business dan Rahsia Khidmat Pelanggan Online. Banyak input dan idea bagi suri-suri yang masih lagi berfikir untuk menjalankan perniagaan apa sebagai salah satu punca pendapatan sampingan. 

Kepada yang berminat, boleh pm Nur untuk medapatkan maklumat lanjut. Mungkin ada beberapa persoalan anda yang tiada dalam teks ini, suri-suri boleh sms/whatsapp saya di 0164442134

Posted via Blogaway

Wednesday, 2 September 2015

Jurnal 28/44 : 8 Langkah Pembuka Rezeki dari Irfan Khairi



Teks : Irfan Khairi
Gambar : Google

Berikut merupakan 8 langkah peribadi diri yang di kongsikan oleh Irfan Khairi bagi membuka pintu rezeki.

1. Sentiasa berniat baik
Segala urusan bermula dengan niat. Biat yang baik, maka urusan juga akan dipermudahkan. Niat yang tidak baik, keberkatan usaha pula akan hilang.

2. Sentiasa bercakap benar
Kepercayaan orang lain kepada kita berasal dari diri kita sendiri apabila sentiasa bercakap yang benar-benar sahaja. Membina kepercayaan orang adalah sukar, namun menghilang kepercayaan orang adalah amat mudah. Sentiasa bercakap benar.

3. Sentiasa berakhlak mulia
Mereka berakhlak mulia bukan sahaja disukai oleh orang di keliling, tetapi dicintai oleh Allah swt. Tidak perlu memuaskan hati orang sahaja, cinta teragung adalah dengan Allah swt dan akhlak mulia adalah jambatan untuk mencapainya.

4. Sentiasa menepati masa
Buangkan tabiat melengahkan masa, atau tidak menepati masa. Usah lagi beri alasan “on the way” bila terlewat di mana kita baru sahaja melangkah keluar rumah 

5. Sentiasa amanah dan dipercayai
Bina kepercayaan dengan menjadi seorang yang beramanah.

6. Sentiasa bertutur dengan bahasa dan cara baik
Jaga pertuturan. Apa yang kita kata mencerminkan peribadi sendiri. Bercakap dengan lemah lembut dan dan bahasa yang baik. Anda sentiasa akan dihormati.

7. Sentiasa berketerampilan kemas
Berpakaian dan berketerampilan kemas bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar bersederhana dan tidak pula dilihat selekeh. Pakaian yang tidak terurus, rezeki juga tidak akan datang.

8. Sentiasa jaga perbualan perkara yang baik sahaja
Sentiasa berkata-kata yang positif sahaja. Apa yang kita kata, akan menjadi doa. Doakan yang terbaik sahaja untuk diri, keluarga dan juga kenalan yang kita berbual bersama.

Mari kita sama-sama amalkan disamping berusaha, dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Allah, Maha Pemberi Rezeki

Posted via Blogaway

Friday, 31 July 2015

Jurnal 24/44 : Fokus kepada penyelesaian, bukan MASALAH

Zassss....i'm the one of motivator, mana mungkin aura negative disebarkan oleh saya.

Back to positive again....stay positive, jangan fokus kepada masalah, cari penyelesaian..

Kalaupun mungkin harga minyak naik, siapalah saya sebagai peniaga kecil mampu menahan harga pasaran. Jadi, penyelesaian terhampir ketika ini adalah hari untuk pos produk hanya di buat 2kali sehari (Isnin & Rabu/Khamis).

Ohhh ya, saya mungkin bernasib baik kerana saya bertindak sebagai pengurus online ABDR, maka produk ABDR seperti kelas blog penulisan dan blog bisnes yang hanya beroperasi di rumah meminimakan perbelanjaan petrol. Tenaga pengajar dari sumber komunikasi sedia ada.

Dropship juga amat sesuai ketika ini, hanya mengambil pesanan pelanggan dan majukan kepada pembekal untuk penghantaran. Untung atas angin dari komisen dari pembekal. Ini sesuai untuk mereka yang ingin berniaga tetapi tiada modal, tiada pengetahuan, tiada kenderaan untuk pos barang. Bak kata sifu berniaga : Kita bermula dari apa yang ada di tangan

Anda bagaimana??

www.norazlinanajib.blogspot.com
#janapendapatandenganABDR


Thursday, 30 July 2015

Jurnal 22/44 : Sertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Teks : Nor Azlina Najib/Group ABDR
Gambar : ABDR

Sejak akhir-akhir ini, saya kerap mendapat persoalan mengenai kelas atau menjadi pengurus online Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) seperti saya. Persoalan kadangkala di utarakan melalui messenger Facebook atau WhatsApp. Terima kasih sekali lagi kepada mereka yang berminat, secara tidak langsung saya tahu ada pembaca pada penulisan yang saya kongsikan.

Soalan yang kerap di ajukan adalah

Soalan 1 : bagaimana mahu mengikuti kelas atau rakan niaga ABDR? 

Syarat asasnya adalah anda perlu pilih salah satu Blog ABDR iaitu : 
  • Kelas Blog Penulisan & Pengurus Online ABDR (Yuran RM250)
  • Kelas Blog Bisnes & Pengurus Online ABDR (Yuran RM300)
Soalan selanjutnya : Apa beza Blog Penulisan & Blog Bisnes?

Blog Penulisan merupakan medium kepada pelajar untuk menulis berdasarkan minat, kemahiran dan kepakaran sedia ada. Ianya boleh dijadikan panduan kepada pembaca di luar sana dan secara tidak langsung blog anda akan menjadi salah satu daripada kaedah pemasaran.

Contohnya anda minat memasak, maka anda kongsikan resepi, rahsia, tips-tips masakan di dalam blog. Apabila pembaca di luar sana membaca dan mengikuti penulisan anda, maka anda telah membentuk pengaruh pembaca yang boleh ditukar kepada prospek pelanggan anda.

Blog Bisnes pula adalah membina kedai atas talian (online) berdasarkan produk atau servis. Contohnya produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan, kecantikan dan seterusnya. Kelas ini sesuai untuk surirumah yang tiada asas atau pengetahuan tentang urusniaga online. Kepada anda yang hendak memulakan berniaga, tetapi tidak tahu cara atau tidak ada produk, anda dinasihatkan untuk memilih Kelas Blog Bisnes.

Contoh kelas Blog Bisnes : Blog Nor Azlina Najib

Soalan 3 : Apa yang saya dapat bila membayar yuran kelas?

Sekiranya anda sudah membuat pilihan kelas, maka anda akan di beri tunjuk ajar mengikut masa yang fleksibel, nota tutorial bergambar, dan network bersama 1000 blogger alumni akademi yang merupakan usahawan online dan WAHM.

Ohh ya, anda juga layak mendapatkan ebook sebagai BONUS penyertaan.
  1. Kelas Blog Penulisan (Bonus 6 eBook) 

  • eBook Belajar Asas Blog
  • eBook Super WAHM Super MOM
  • eBook Mula Bisnes Butik
  • eBook 101 Idea Bisnes
  • eBook Yeay! Mama sudah 'resign'
  • eBook 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online 


2.  Kelas Blog Bines (10 eBook)
  • eBook Belajar Asas Blog
  • eBook Super WAHM Super MOM
  • eBook Mula Bisnes Butik
  • eBook 101 Idea Bisnes
  • eBook Yeay! Mama sudah 'resign'
  • eBook 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online 
  • eBook Panduan 44 hari Berpantang (Moden/Tradisional)
  • eBook Resepi 44 Pantang
  • eBook Rahsia Khidmat Pelanggan
  • eBook Panduan Rakan Niaga
Soalan 4 : Bagaimana saya mahu mendaftar dan membuat pembayaran?

Jika anda sudah bersedia menyertai kami, maka urusan pendaftaran boleh hubungi saya di :

emel : norazlinanajib@gmail.com
sms/whatsapp/telegram : 0164442134

atau terus isikan Borang Tempahan di sini ---> KLIK SINI 
dan maklumkan kepada saya untuk sesi memulakan kelas 

Dengan ini, saya harap pembaca blog  saya jelas dengan kelas ABDR tawarkan. Jika ada sebarang kekeliruan, boleh ajukan pertanyaan lanjut kepada saya ya. 



Wednesday, 29 July 2015

Jurnal 21/44 : Tips Kurus selepas Ramadhan

Teks : Nor Azlina Najib
Gambar : FB Zelmey Yusof


Sudah agak lama tidak mempromosikan L'arome di dinding muka buku lantaran kerana saya yakin produk yang hebat, berkesan akan mudah untuk mendapatkan testimoni sebenar dan pelanggan yang berulang.

Sekarang musim open house, atau rumah terbuka dan termasuk pejabat terbuka. Adat orang menjemput, wajarlah dipenuhi jemputan tersebut. Menu yang dihidangkan pula menambat selera dan nafsu makan yang sebelum ini tergenggam kemas dalam bulan Ramadhan. 

Mungkin anda seorang yang berdisiplin dalam meneruskan diet, atau masih berpuasa ganti/puasa 6 Syawal, tetapi sebagai "food lover" anda sukar untuk menolak apa jua juadah yang terhidang dan tidak mustahil anda berupaya menambahkan berat badan anda 3KG dalam tempoh 3 hari, 5 hari atau 7 hari.

Sedangkan 3kg itu adalah hasil berpuasa 30 hari Ramadhan, anda berjaya top-up 3kg tersebut dalam tempoh 5 hari di bulan Syawal.


Mujur stok L'arome sedia ada sebagai salah seorang Stokis Mobile, jadinya untuk mendapatkan stok itu lebih mudah cepat & pantas. Hanya dengan sapuan, dapat mengekalkan berat badan ideal atau ukur lilit bentuk badan anda. Bukan itu sahaja, , malah L'arome Warm Serum ini juga mampu menghilangkan lemak dibahagian peha, lengan dan dagu berlapis.

Jom sapu L'arome sebelum menghadiri open house...
Berminat ?? sms/whatsapp 0164442134

www.norazlinanajib.blogspot.com
#janapendapatandenganABDR

Monday, 29 June 2015

Jurnal 19/44 : 5 rahsia kaya sehingga jutawan

Teks : Nor Azlina Najib

Sekali imbas tajuk ini menyinggahi dinding muka buku saya, tanpa sebarang kompromi terus saya klik sumber berikut iaitu dari Oh Bulan dan membacanya satu persatu. Pada saya ini merupakan kisah sebenar dari seorang yang biasa-biasa kepada orang yang luar biasa. Hebat kerana beliau berjaya merealisasikan impian beliau. Mari kita ikuti apa rahsia Pn. Hani Borhan iaitu pengasas Jamu Susuk Dara melalui artikel dari laman sosial tersebut : 

1. Jangan Biasakan Berhutang



Benar, hutang itu ibarat gunting dalam lipatan, menyusup tanpa di sedari dan akhirnya merana di kemudian hari. Walaupun hanya bermula dengan jumlah yang kecil, tetapi lama-kelamaan hutang tersebut akan menjerat leher sendiri sehinggakan akan ada satu ketika, semua atau sebahagian besar wang gaji dihabiskan semata-mata untuk membayar hutang. Kebiasaannya hutang ini bermusim, seperti musim perayaan, musim persekolahan baru di buka, musim kenduri kendara atau musim walimatul urus. 

Mengapa saya simpulkan sedemikian? Kerana pada masa inilah aliran wang tunai menjadi lebih mudah mengalir dan ada ketikanya pembelian barang-barang yang tidak perlu pun di beli juga. Berhati-hati juga dengan sekeping kad yang mampu menambahkan amalan berhutang dengan pantas - KAD KREDIT.

2. Usaha & Dekati Allah s.w.t

Benar, kerana kita manusia hanya sekadar mampu berusaha untuk melipat gandakan usaha untuk mencari sebanyak mana rezeki, tetapi semuanya bergantung kepada Yang Maha Pemberi Rezeki. KepadaNYA kita wajar menyerahkan semua usaha kita. Usaha seikhlasnya, dan dekati Allah dalam pelbagai cara. Samada melalui solat atau melalui ibadah lain terutamanya bersedekah. Jangan menidakkan keupayaan sedekah, kerana Allah telah berjanji bahawa :

Dari Abu Hurairah ra. yang berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Harta tidak akan berkurang karena shadaqah. Allah pasti akan menambah kemuliaan seseorang yang suka memaafkan. Juga tidaklah seseorang itu merendahkan diri karena Allah, melainkan ia akan diangkat pula derajatnya oleh Allah 'Azzawajalla.
(HR Muslim)


Dapatkan bacaan Allah Tempat Meminta, dengan klik BORANG TEMPAHAN 

3. Cara survive jika kurang wang.


Seandainya terdapat pada masa-masa tertentu, kesempitan wang terdapat pelbagai cara atau langkah pencegahan yang Puan Hani kongsikan seperti mengawal pembelian seharian, tidak membeli baju mengikut trend semasa, membeli di pasaraya dengan harga mampu milik walaupun baju bundle, atau membaiki kelengkapan yang rosak dari membeli peralatan baru.

Tambahan juga kepada idea di atas, adalah membawa bekalan makanan di pejabat/sekolah anak-anak, menaiki pengangkutan awam (sekiranya ianya lebih menjimatkan), menghad atau membatalkan servis-servis perkhidmatan tertentu seperti saluran TV swasta atau menggunakan talian telefon prepaid

4. Kumpul duit ansuran setiap bulan.


Ini merupakan langkah menabung tetapi telah menetapkan sasaran pembelian dengan tabungan tersebut. Contoh yang diberi oleh Puan Hani adalah membeli mesin cuci 10kg dengan harga RM1,600. Jika belian pada masa sekarang, anda hendaklah membayar RM176 setiap bulan selama 24 bulan (RM176 x 24 bulan). Saranan Puan Hani, adalah kita membuka satu tabung khas yang di labelkan "Mesin Cuci Toshiba 10KG Automatik" dan memperuntukkan sejumlah Rm176 setiap bulan ke tabung berkenaan. Buat masa ini, anda perlu mencuci secara manual - tangan!

Kira-kira ini biasanya di pandang remeh oleh sesetengah pihak, dengan mengambil kira bahawa beliau mampu untuk berbelanja RM176 (pada hakikatnya berhutang!). Jika di buat kira-kira mudah, jika pembelian melalui ansuran mudah ini anda telah rugi sejumlah RM2,624 berbanding harga asal Rm1,600

Belian mesin cuci (April 2014 - April 2016) 
Harga Asal RM 1,600
Harga Bulanan RM176 x 24 bulan = RM4,624
Kerugian RM (4,624 - 1,600) = RM2,624

Berbanding dengan jika anda menyimpan RM176 bermula April 2014, anda akan memperolehi Mesin Cuci Toshiba 10KG Automatik pada bulan Disember 2014 secara tunai. Atau anda boleh membeli mesin cuci separa automatik sebelum meneruskan tabungan seperti sebelum ini.

5. Tabung dari Bakal Hutang



Ini sebenarnya adalah kesinambungan kepada langkah yang  di atas, sekiranya tabungan tadi disambungkan dari Januari 2015 sehingga April 2016 dengan jumlah yang sama RM176.00, maka anda akan dapat kumpulkan sejumlah RM2,816.00. Dengan jumlah berikut, anda telah mempunyai satu lagi peruntukan membeli mesin cuci automatik (dengan beranggapan anda telah membeli mesin cuci separa automatik) dan baki tunai selebihnya boleh di simpan dalam tabungan lain contohnya ASB, Tabung Haji dan sebagainya. Dan sebagai menyokong langkah kedua, sedekahkan mesin basuh separa automatik tadi kepada rakan atau mereka yang kita tahu memerlukan barangan tersebut.

Nampak mudah, tetapi amalan ini hendaklah disertai dengan sikap sabar, syukur dan bersangka baik (3S). Puan Hani telah membuktikan ianya bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk menjadi jutawan pada usia muda, tetapi hendaklah disertakan dengan cara yang betul. 

Sekian sahaja penulisan saya pada kali ini. Di lain masa saya juga akan memetik kata-kata seorang usahawan juga jutawan muda yang banyak memberi inspirasi melalui laman muka buku beliau. 

Nantikan penulisan saya selanjutnya.





Thursday, 28 May 2015

Jurnal 1/44: Menjana Pendapatan Sambil Bekerja

Teks : Nor Azlina Najib
Gambar : Google


Menjana Pendapatan Sambil Bekerja, itulah tajuk blog hasil dari analisis soalan yang diajukan ketika menyertai program Akademi Bekerja Di Rumah. Sekali imbas, banyak persoalan dan idea yang boleh dikupas untuk entry kali ini. Tetapi semuanya timbul apabila anak semakin bertambah dan membesar. Kerap kali memikirkan alangkah indahnya hidup bila dapat berkelek dengan anak 24 jam sehari. Bangun menyiapkan sarapan, mandikan anak-anak, menghantar kakak Khaliqah ke sekolah kemudian balik menguruskan rumah sambil bermain dengan adik Khalisya.

Pejam celik, pejam celik usia kakak telah menghampiri 6 tahun manakala adik pula telah mencecah setahun pada 3 Mei yang lepas. Terasa masa berlalu sangat pantas sehinggakan proses membesarkan anak-anak menjadi semakin singkat. Tidak lama lagi kakak akan memasuki alam persekolahan, Darjah Satu. Kakak akan lebih masa di luar rumah bilamana aktiviti persekolahan menuntut kakak berada sekurang-kurangnya 6 jam di sekolah. 

Umi ? Masih lagi banyak menghabiskan masa di jalanraya, di pejabat menghadap wajah yang sarat dengan pelbagai emosi dan tidak mustahil juga akan ada waktu umi kerja di luar pejabat. Sesuatu yang sebelum ini cuba dielakkan, tetapi jika kerana tugasan umi sanggup berhabis wang ringgit semata-mata memastikan tiada hari yang berlalu tanpa anak di sisi. 

Alhamdulillah, persekitaran kerjaya sekarang tidak membebankan emosi sehingga jiwa dan minda kacau. Tetapi, sudah tiba masanya untuk mengundurkan diri, atau berhijrah ke persekitaran yang lain pula. Produktiviti kerjaya tidak akan meningkat kalau bertahun-tahun membuat perkara yang sama, berjumpa rakan yang sama, partition yang sama. Cukuplah 3 tahun di satu-satu tempat untuk menjadi 'master' dalam skop kerja itu.

Bila di fikirkan soal berhijrah, tidak sanggup rasanya jika perubahan nanti memberikan impak negatif kepada diri, emosi, mental dan secara tidak langsung memberi kesan kepada keharmonian rumah tangga. Oleh kerana itu, telah lama umi bercita-cita untuk melepaskan jawatan ini dan dapat membesarkan, mendidik anak-anak dengan acuan umi sendiri. Tapi umi sedar, kos sara hidup semakin besar dan meningkat. Umi kena lakukan sesuatu untuk membantu abah. Bukannya untuk hidup bermewah-mewah, cukup makan minum, cukup pendidikan, cukup duit perubatan dan belanja pada ibu bapa. 

Tambahan pula, umi suka berkongsi kan dengan rakan-rakan sekiranya sesuatu produk, perkara atau ilmu itu bermanfaat kepada umi. Manalah tahu, jika membantu rakan-rakan juga. Sebab itu, umi cuba menjana pendapatan sampingan walaupun sambil bekerja. Insha allah, sudah hampir 

Kerja hakiki memperuntukkan masa dari jam 8.30am hingga 5.30pm. Kerja sampingan hanyalah ketika waktu rehat (lunch hour) atau sekitar jam 6.00pm - 8.00pm. Cukup 2-3 jam sahaja. Cuma perlukan semangat dan tekad yang tinggi, dengan harapan perniagaan yang bermula dengan 'suka-suka' ini akan dapat menjana pendapatan berlipat kali ganda dari gaji hakiki sedia ada. 

Namun begitu, perlu diingatkan antara perniagaan dan kerja hakiki perlu seimbang. Bunyi agak sukar, tetapi ianya bukanlah mustahil. Sudah ramai yang telah membuktikannya.

Apa yang penting adalah tips jika ingin berjaya seperti mereka. Entry selanjutnya akan membincangkan tentang tips kejayaan menjana pendapatan tambahan sambil bekerja.