Showing posts with label Part Time. Show all posts
Showing posts with label Part Time. Show all posts

Thursday, 25 June 2015

Jurnal 17/44 : Tidak boleh jadi suri rumah, nanti...

Sumber : Masayu Ahmad 
Gambar : Sumber Google 


Saya tertarik dengan nukilan dari Puan Masayu Ahmad mengenai Suri Rumah Adalah Hebat. Kupasan yang menarik kerana beliau seperti dapat membaca apa yang ada dalam fikiran seorang wanita yang bekerjaya. Teruskan bacaan anda.

************************************************************************************************************
Suri rumah adalah hebat, mengapa ramai yang tidak suka!

Apabila bergelar suri rumah ramai yang memberi pelbagai persepsi. Ini antaranya.

1. Saya tidak boleh jadi suri rumah, nanti saya boleh jadi gila.

-Habis tu kenapa kahwin, adakah kerana orang lain kahwin kita pun kahwin. Berapa ramai yang sudah menjadi suri rumah sakit mental? Apa yang saya lihat mereka mempunyai dunia sendiri dengan anak-anak. Bangun pagi ibu ada, balik sekolah ibu ada, mahu makan ibu masakkan. Kasihan bagi yang menilai suri rumah macam tidak ada apa-apa. Ingat tak lagi pada air tangan ibu kita, sampai sekarang masih lagi kita teringa-ingat akan masakan ibu. Termasuklah saya. Mereka adalah suri rumah, wanita tradisional yang dulu tinggal di kampung dan kebanyakan dari kita sudah berjaya sekarang. Terima kasih kepada status suri rumah.


2. Saya tidak boleh urus anak-anak, sebab nanti saya akan makin serabut. Lebih baik saya kerja.

Oh, sungguh kasihan yang mempunyai ibu-ibu yang memberi pandangan sebegini. Kahwin mahu, mengandung sembilan bulan, sanggup. Bersalin dengan penuh sukar, sanggup. Tetapi mahu urus anak-anak sendiri tak sanggup. Kasihan anak-anak. Terpaksa diswastakan kepada bibik, pengasuh, atau berkongsi kasih dengan penjaga di taska yang menjaga 10 orang anak-anak lain juga. Kasihanilah mereka.

3. Saya tidak boleh jadi suri rumah, nanti saya tak ada pendapatan, tak boleh beli belah, tak boleh nak ke sana ke sini. Dunia saya macam cacing kepanasan.

Semua ini boleh dilakukan hanya di hujung jari sahaja. Cari peluang itu.

4. Saya tidak boleh jadi suri rumah, nanti minda saya tidak terbuka.

Janganlah melayan movie sahaja, laman face book sahaja. Banyak perkara yang boleh kita pelajari dengan menghadiri kelas ilmu, seminar dan baca buku-buku bermanfaat.

5. Saya tidak boleh jadi suri rumah, nanti saya dipandang rendah oleh ipai duai, jiran tetangga, adik beradik. Setiap kali balik mesti mahu tayang kereta, baju baru, beg baru, barang kemas baru, gajet-gajet baru i-phone versi ke 10 ;D
Kalau kita meletakkan kehidupan sebagai perbandingan dengan kemewahan dan meterial atau kepuasan kaca mata orang lain. Oh, memang penatlah mahu melayan. Islam adalah sederhana, sederhana segala segi, carilah ia. Maka kalian akan temui jawapan sebenar.

**********************************************************************************
Pada zaman sekarang, skop sebagai seorang suri rumah bukan lagi semata-mata tertumpu kepada menguruskan anak-anak, memasak, mencuci, mengelap, malahan ada diantara suri rumah kini menjana pendapatan hanya di rumah. Belajar cara bagaimana untuk menjana pendapatan di rumah melalui Akademi Bekerja Di Rumah.

Di sini, kami melatih suri bekerjaya dan suri rumah yang mahu menjana pendapatan tanpa perlu keluar rumah, tanpa perlu tinggal urusan keluarga, hanya atas talian sahaja sebagai PENGURUS ONLINE AKADEMI.



Kami buka pendaftaran setiap hari, boleh mula daftar sebagai pengurus online akademi belajar menjana pendapatan tanpa perlu keluar rumah.
.
.
.
.
.

‪#‎norazlinanajib

Thursday, 28 May 2015

Jurnal 1/44: Menjana Pendapatan Sambil Bekerja

Teks : Nor Azlina Najib
Gambar : Google


Menjana Pendapatan Sambil Bekerja, itulah tajuk blog hasil dari analisis soalan yang diajukan ketika menyertai program Akademi Bekerja Di Rumah. Sekali imbas, banyak persoalan dan idea yang boleh dikupas untuk entry kali ini. Tetapi semuanya timbul apabila anak semakin bertambah dan membesar. Kerap kali memikirkan alangkah indahnya hidup bila dapat berkelek dengan anak 24 jam sehari. Bangun menyiapkan sarapan, mandikan anak-anak, menghantar kakak Khaliqah ke sekolah kemudian balik menguruskan rumah sambil bermain dengan adik Khalisya.

Pejam celik, pejam celik usia kakak telah menghampiri 6 tahun manakala adik pula telah mencecah setahun pada 3 Mei yang lepas. Terasa masa berlalu sangat pantas sehinggakan proses membesarkan anak-anak menjadi semakin singkat. Tidak lama lagi kakak akan memasuki alam persekolahan, Darjah Satu. Kakak akan lebih masa di luar rumah bilamana aktiviti persekolahan menuntut kakak berada sekurang-kurangnya 6 jam di sekolah. 

Umi ? Masih lagi banyak menghabiskan masa di jalanraya, di pejabat menghadap wajah yang sarat dengan pelbagai emosi dan tidak mustahil juga akan ada waktu umi kerja di luar pejabat. Sesuatu yang sebelum ini cuba dielakkan, tetapi jika kerana tugasan umi sanggup berhabis wang ringgit semata-mata memastikan tiada hari yang berlalu tanpa anak di sisi. 

Alhamdulillah, persekitaran kerjaya sekarang tidak membebankan emosi sehingga jiwa dan minda kacau. Tetapi, sudah tiba masanya untuk mengundurkan diri, atau berhijrah ke persekitaran yang lain pula. Produktiviti kerjaya tidak akan meningkat kalau bertahun-tahun membuat perkara yang sama, berjumpa rakan yang sama, partition yang sama. Cukuplah 3 tahun di satu-satu tempat untuk menjadi 'master' dalam skop kerja itu.

Bila di fikirkan soal berhijrah, tidak sanggup rasanya jika perubahan nanti memberikan impak negatif kepada diri, emosi, mental dan secara tidak langsung memberi kesan kepada keharmonian rumah tangga. Oleh kerana itu, telah lama umi bercita-cita untuk melepaskan jawatan ini dan dapat membesarkan, mendidik anak-anak dengan acuan umi sendiri. Tapi umi sedar, kos sara hidup semakin besar dan meningkat. Umi kena lakukan sesuatu untuk membantu abah. Bukannya untuk hidup bermewah-mewah, cukup makan minum, cukup pendidikan, cukup duit perubatan dan belanja pada ibu bapa. 

Tambahan pula, umi suka berkongsi kan dengan rakan-rakan sekiranya sesuatu produk, perkara atau ilmu itu bermanfaat kepada umi. Manalah tahu, jika membantu rakan-rakan juga. Sebab itu, umi cuba menjana pendapatan sampingan walaupun sambil bekerja. Insha allah, sudah hampir 

Kerja hakiki memperuntukkan masa dari jam 8.30am hingga 5.30pm. Kerja sampingan hanyalah ketika waktu rehat (lunch hour) atau sekitar jam 6.00pm - 8.00pm. Cukup 2-3 jam sahaja. Cuma perlukan semangat dan tekad yang tinggi, dengan harapan perniagaan yang bermula dengan 'suka-suka' ini akan dapat menjana pendapatan berlipat kali ganda dari gaji hakiki sedia ada. 

Namun begitu, perlu diingatkan antara perniagaan dan kerja hakiki perlu seimbang. Bunyi agak sukar, tetapi ianya bukanlah mustahil. Sudah ramai yang telah membuktikannya.

Apa yang penting adalah tips jika ingin berjaya seperti mereka. Entry selanjutnya akan membincangkan tentang tips kejayaan menjana pendapatan tambahan sambil bekerja.