Showing posts with label Dropship Buku. Show all posts
Showing posts with label Dropship Buku. Show all posts

Sunday, 13 September 2015

Jurnal 32/44 : Jerebu

Oleh kerana cuaca berjerebu nie, ditambah pula dengan anak-anak kurang sihat, maka aktiviti "in-door" sahaja boleh dilakukan...termasuklah kedai on-line, 24 jam on tanpa off melainkan bila ada gangguan internet...hahaha..

Masih boleh jana pendapatan dari rumah walaupun hari cuti bekerja, cuaca tidak sihat, anak-anak kurang sihat.

So, sepanjang dua hari hibernate di rumah, mari habiskan buku yang didapati dari dropship dan eBook Akademibekerja Dirumah

#dropshipbukuilmiah
#janapendapatandariblog
#janapendapatandenganABDR


Monday, 24 August 2015

Jurnal 27/44 : eBook 101 Idea Home-Based Bisnes

Teks : Nor Azlina Najib

Gambar : Akademi Bekerja Di Rumah


Seperti yang dijanjikan, hari ini baru boleh menaip review ringkas dari eBook 101 Idea Home-Based Bisnes.

Buku ini wajar dimiliki oleh suri-suri yang sedang membuat keputusan berhenti kerja untuk fokus kepada keluarga dan cuba untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan sedia ada. Namun, untuk memilih jenis bisnes yang ingin dilakukan di rumah sememangnya tidak mudah.

Oleh itu, buku 101 Idea Home-Based Bisnes ini memberikan 101 idea dari 10 jenis bisnes yang boleh diceburi oleh suri-suri. Setelah memilih perniagaan yang sesuai dengan minat, maka langkah-langkah seterusnya dibentangkan lagi dengan padat mulai dari memulakan bisnes tanpa modal, bagaimana memulakan operasi dari rumah, strategi pemasaran, motivasi untuk mengekalkan momentum usahawan SOHO/WAHM dan perkongsian pengalaman usahawan SOHO.

Berminat untuk mendapatkan ebook ini? Tawaran Ogos masih berbaki 8 hari lagi dengan eBook Yeay! Mama sudah resign & 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online dan BONUS eBook 101 Idea Home-Based Bisnes dengan harga RM50.00



www.norazlinanajib.blogspot.com
#janapendapatandenganABDR

Sunday, 31 May 2015

Jurnal 2/44 : Nilai sebuah buku

Teks : Nor Azlina Najib 

Ralat.....saya sangat ralat kerana saya sayangkannya.
Saya sayangkan buku-buku, majalah2 saya...
Tapi bila majalah Aulad anak saya keluaran Jun 2015, di sentap rakan sebaya beliau sehingga terkoyak...saya rasa terhiris, saya rasa tercabar. Kenapa?? 


Saya didik anak saya hormat pada buku, hormat pada ilmu...tapi bila bercampur dengan persekitaran luar, sungguh mudah perasaan itu dinodai..
Nampak simple...buku, alatulis...memang tak mahal, alaa cuma Rm3 sahaja. Tapi sejauh mana usaha untuk mendapatkan Rm3 itu adalah berbeza bagi setiap orang. Saya didik anak saya untuk mendapatkan apa yang dia mahukan dengan MENABUNG. Tapi bila hasil tabungan itu koyak, ia menunjukkan


Kalau sebelum ini, saya boleh diam bila bawa pensil sebatang, esoknya anak mengadu..dia ke sekolah tanpa pensel, tanpa pensil warna yang lengkap, tanpa pemadam, tanpa pembaris..saya belikan, saya gantikan..dengan harapan, setakat itu sahaja rezeki kakak. Apalah sangat untuk berkira dengan budak-budak..Tapi bila ianya kerap, lama-lama busut semut pun boleh rata...jangankan bukit, busut semut jerk pun nampak benar terhakis..
Ini buku, majalah agama,..ilmiah. Bukan sehari dua nak baca, lepas baca boleh bungkus nasi lemak macam Berita Hari2an, Berita Minggu2an...boleh di wariskan untuk adik2, untuk saya membaca even buku kanak-kanak jer pun, tapi.....
Sesal sesuku nyawa