Teks ; Nor Azlina Najib
Gambar : Nor Azlina Najib
Assalamualaikum semua suri-suri pembaca blog saya. Apa khabar anda di hujung minggu ini? Kepenatan barangkali menguruskan hal ehwal rumahtangga, atau mungkin ada di antara kalian yang pergi bercuti bersama keluarga atau menghadiri jemputan kenduri. Apa juga yang kalian lakukan, di harap semuanya berjalan lancar dan bergembira. Syukur
Bagi saya, hari Ahad ini sessi membasuh baju anak-anak. Lazimnya tugasan ini di lakukan di rumah, tetapi oleh kerana bacaan IPU jerebu semakin naik, maka tugasan mencuci dan mengeringkan kain baju terutamanya bagi anak-anak yang berkulit sensitif ianya di lakukan di pusat cucian kering (laundry). Ini kali kedua, Nur menggunakan khidmat ini. Mudah tetapi tidak praktikal dari segi ekonomi. Tetapi oleh kerana tiada pilihan lain, maka di sinilah Nur dan Khaliqah menghabiskan masa selama 1jam 15minit dan meninggalkan Khalisya bersama Opah di rumah.
Dalam tempoh ini, Nur terfikir sebenarnya pusat khidmat cucian begini juga menjana pendapatan pasif. Terutamanya kepada mereka yang mempunyai modal. Hanya perlu mencari tempat yang strategik. Hebat, kepada mereka yang berniaga dan fokus kepada menyelesaikan masalah sejagat. Dalam keadaan cuaca berjerebu, musim hujan, atau mesin basuh rosak, sudah pasti permintaan kepada perkhidmatan ini agak tinggi. Rata-rata sepanjang Nur menunggu di sini, memang semua mesin (8 mesin basuh dan 12 mesin pengering) digunakan sepenuhnya.
Congakan secara kasar, jika seorang menggunakan mesin pembasuh (Rm5) dan mengering(Rm2.50), pendapatan dari seorang adalah Rm7. Jika sehari ada 10 orang menggunakan mesin, maka pendapatan harian adalah Rm70.00 dan pendapatan bulanan Rm2,100 tidak termasuk kos menyewa kedai, kos sabun, pewangi, kos baik pulih mesin.
Justeru, kepada yang berada di rumah dan mungkin mempunyai mesin pengering, boleh mengambil upah mencuci, mengering malahan seterika pakaian dari rumah, tanpa melibatkan kos sewa kedai pun.
Posted via Blogaway
Akademi Bekerja Di Rumah
Sunday, 4 October 2015
Jurnal 34/44 : Pendapatan Tambahan Ketika Musim Jerebu
Saturday, 19 September 2015
Jurnal 33/44 : Petua Halau Lalat dan Nyamuk
Teks : Nor Azlina Najib
Gambar : Google
Assalamualaikum semua pembaca-pembaca yang mungkin dari kalangan suri-suri jelita. Kenapa saya kata suri? Sebab perkongsian saya kali ini berkisar tentang petua tradisional yang biasanya berlaku di dapur atau di rumah, biasanya yang suri selalu hadapi. Tapi, mungkin juga ada kaum Adam yang mengalaminya juga terutamanya di kedai-kedai makan.
Berkebetulan Nur ada stok cengkih banyak, gara-gara nak buat soto, buat sup dan berguna juga ketika sakit gigi.
Pada mereka yang hadapi masalah banyak lalat di rumah, di kedai boleh cuba cucukkan cengkih pada limau seperti gambar di atas dan letakkan di kawasan-kawasan yang difikirkan selalu di hurung lalat. Aroma dari cengkih limau itu mungkin tidak di gemari oleh lalat dan menyebabkan lalat tidak lagi berada di situ.
Atau alternatif lain, jika inginkan aroma lebih moden boleh cuba semburkan 'Multipurpose Spray' dari SUTRA. Ada bauan dari Pandan, Citrus (limau) Berry, Lavender, Rose dan juga Vanilla. Semburan hanya 2-3 kali ini dapat membangkitkan bauan yang segar.
Yang berhampiran dengan Nur, sekitar Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Perdana, Cheras Batu 9 boleh dapatkan secara COD "Cash On Delivery" atau Nur boleh pos di semua tempat menggunakan khidmat Pos Laju Malaysia. Whatsapp, sms di talian 0164442134
#agenSUTRA
#janapendapatanmelaluiblog
Sunday, 13 September 2015
Jurnal 32/44 : Jerebu
Oleh kerana cuaca berjerebu nie, ditambah pula dengan anak-anak kurang sihat, maka aktiviti "in-door" sahaja boleh dilakukan...termasuklah kedai on-line, 24 jam on tanpa off melainkan bila ada gangguan internet...hahaha..
Masih boleh jana pendapatan dari rumah walaupun hari cuti bekerja, cuaca tidak sihat, anak-anak kurang sihat.
So, sepanjang dua hari hibernate di rumah, mari habiskan buku yang didapati dari dropship dan eBook Akademibekerja Dirumah
#dropshipbukuilmiah
#janapendapatandariblog
#janapendapatandenganABDR
Sunday, 6 September 2015
Jurnal 31/44 : Mengira Stok Barang Niaga
Gambar : Nor Azlina Najib
Selamat hari minggu semua. Sekejap sahaja masa berlalu. Semalam Sabtu, hari ini sudah menjengah Ahad. Bagi ibu-ibu bekerja di Johor, Kelantan & Perlis, hari Ahad merupakan hari bekerja. Manakala bagi suri-suri di negeri yang lain, hari ini masih lagi cuti hujung minggu.
Kebiasaan waktu begini si ibu sudah pun menyelesaikan kerja rumah yang tidak pernah habis. Celik mata sudah memikirkan menu apa untuk sarapan, sambil membasuh baju, sekejap lagi menyapu/mengemop rumah. Selesaikan tugasan yang berat sementara anak-anak masih di ulit lena.
Nanti bila sudah bangun, anak-anak perlu di mandikan, di suapkan sarapan, bermain seketika sambil melepaskan lelah atau menunggu baju di mesin basuh selesai di proses, kemudian sambung pula proses menjemur baju,....dan bila kalih pandangan pada jam, ohh sudah jam 12 tengah hari, masa untuk menyiapkan makan tengah hari pula.
Sudah siap memasak, azan Zuhur berkumandang. Solat dahulu sebelum siapkan meja makan. Usai solat, makan bersama keluarga sambil bersembang dengan suami tentang apa jua topik. Kembali kemaskan meja makan, ohh baju di ampaian sudah kering, yang mana perlu di lipat, yang mana perlu di seterika, diasingkan dan diproses satu persatu.
Nah, itu situasi yang sama bagi semua surirumahtangga bila berada di rumah. Tapi bagi suri yang berniaga, seperti Nur..Nur akan peruntukkan masa untuk mengira stok, memproses pesanan pelanggan untuk di pos keesokkan harinya, membuat kira-kira mudah untung rugi dan keperluan membuat tambahan stok.
Jika semua dalam keadaan teratur, proses ini hanya mengambil masa kurang dari sejam. Ini amat perlu bagi memastikan semua kerja hakiki sebagai ibu, isteri dan peniaga online berjalan lancar dan tidak menjejaskan mana-mana fungsi.
Itulah sedikit sebanyak aktiviti hujung minggu saya jika tidak ke mana-mana.
Oh, ya ....peruntukkan juga masa sekurang-kurangnya 30minit untuk update facebook, kemaskini blog selaku seorang Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) dan membelek ebook yang baru di beli dan ditawarkan setiap bulan. Untuk bulan September, kami menawarkan 3 lagi ebook pada harga Rm50.00
eBook Yeay, Mama sudah 'resign', 101 idea Home Based Business dan Rahsia Khidmat Pelanggan Online. Banyak input dan idea bagi suri-suri yang masih lagi berfikir untuk menjalankan perniagaan apa sebagai salah satu punca pendapatan sampingan.
Kepada yang berminat, boleh pm Nur untuk medapatkan maklumat lanjut. Mungkin ada beberapa persoalan anda yang tiada dalam teks ini, suri-suri boleh sms/whatsapp saya di 0164442134
Posted via Blogaway
Monday, 24 August 2015
Jurnal 27/44 : eBook 101 Idea Home-Based Bisnes
Gambar : Akademi Bekerja Di Rumah
Seperti yang dijanjikan, hari ini baru boleh menaip review ringkas dari eBook 101 Idea Home-Based Bisnes.
Buku ini wajar dimiliki oleh suri-suri yang sedang membuat keputusan berhenti kerja untuk fokus kepada keluarga dan cuba untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan sedia ada. Namun, untuk memilih jenis bisnes yang ingin dilakukan di rumah sememangnya tidak mudah.
Oleh itu, buku 101 Idea Home-Based Bisnes ini memberikan 101 idea dari 10 jenis bisnes yang boleh diceburi oleh suri-suri. Setelah memilih perniagaan yang sesuai dengan minat, maka langkah-langkah seterusnya dibentangkan lagi dengan padat mulai dari memulakan bisnes tanpa modal, bagaimana memulakan operasi dari rumah, strategi pemasaran, motivasi untuk mengekalkan momentum usahawan SOHO/WAHM dan perkongsian pengalaman usahawan SOHO.
Berminat untuk mendapatkan ebook ini? Tawaran Ogos masih berbaki 8 hari lagi dengan eBook Yeay! Mama sudah resign & 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online dan BONUS eBook 101 Idea Home-Based Bisnes dengan harga RM50.00

www.norazlinanajib.blogspot.com
#janapendapatandenganABDR
Friday, 31 July 2015
Jurnal 24/44 : Fokus kepada penyelesaian, bukan MASALAH
Zassss....i'm the one of motivator, mana mungkin aura negative disebarkan oleh saya.
Back to positive again....stay positive, jangan fokus kepada masalah, cari penyelesaian..
Kalaupun mungkin harga minyak naik, siapalah saya sebagai peniaga kecil mampu menahan harga pasaran. Jadi, penyelesaian terhampir ketika ini adalah hari untuk pos produk hanya di buat 2kali sehari (Isnin & Rabu/Khamis).
Ohhh ya, saya mungkin bernasib baik kerana saya bertindak sebagai pengurus online ABDR, maka produk ABDR seperti kelas blog penulisan dan blog bisnes yang hanya beroperasi di rumah meminimakan perbelanjaan petrol. Tenaga pengajar dari sumber komunikasi sedia ada.
Dropship juga amat sesuai ketika ini, hanya mengambil pesanan pelanggan dan majukan kepada pembekal untuk penghantaran. Untung atas angin dari komisen dari pembekal. Ini sesuai untuk mereka yang ingin berniaga tetapi tiada modal, tiada pengetahuan, tiada kenderaan untuk pos barang. Bak kata sifu berniaga : Kita bermula dari apa yang ada di tangan
Anda bagaimana??
www.norazlinanajib.blogspot.com
#janapendapatandenganABDR
Thursday, 30 July 2015
Jurnal 22/44 : Sertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)
Gambar : ABDR
Sejak akhir-akhir ini, saya kerap mendapat persoalan mengenai kelas atau menjadi pengurus online Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) seperti saya. Persoalan kadangkala di utarakan melalui messenger Facebook atau WhatsApp. Terima kasih sekali lagi kepada mereka yang berminat, secara tidak langsung saya tahu ada pembaca pada penulisan yang saya kongsikan.
Soalan yang kerap di ajukan adalah
Soalan 1 : bagaimana mahu mengikuti kelas atau rakan niaga ABDR?
Syarat asasnya adalah anda perlu pilih salah satu Blog ABDR iaitu :
- Kelas Blog Penulisan & Pengurus Online ABDR (Yuran RM250)
- Kelas Blog Bisnes & Pengurus Online ABDR (Yuran RM300)
Contohnya anda minat memasak, maka anda kongsikan resepi, rahsia, tips-tips masakan di dalam blog. Apabila pembaca di luar sana membaca dan mengikuti penulisan anda, maka anda telah membentuk pengaruh pembaca yang boleh ditukar kepada prospek pelanggan anda.
Contoh kelas Blog Bisnes : Blog Nor Azlina Najib
- Kelas Blog Penulisan (Bonus 6 eBook)
- eBook Belajar Asas Blog
- eBook Super WAHM Super MOM
- eBook Mula Bisnes Butik
- eBook 101 Idea Bisnes
- eBook Yeay! Mama sudah 'resign'
- eBook 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online
- eBook Belajar Asas Blog
- eBook Super WAHM Super MOM
- eBook Mula Bisnes Butik
- eBook 101 Idea Bisnes
- eBook Yeay! Mama sudah 'resign'
- eBook 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online
- eBook Panduan 44 hari Berpantang (Moden/Tradisional)
- eBook Resepi 44 Pantang
- eBook Rahsia Khidmat Pelanggan
- eBook Panduan Rakan Niaga
Jika anda sudah bersedia menyertai kami, maka urusan pendaftaran boleh hubungi saya di :
emel : norazlinanajib@gmail.com
sms/whatsapp/telegram : 0164442134
atau terus isikan Borang Tempahan di sini ---> KLIK SINI
dan maklumkan kepada saya untuk sesi memulakan kelas
Dengan ini, saya harap pembaca blog saya jelas dengan kelas ABDR tawarkan. Jika ada sebarang kekeliruan, boleh ajukan pertanyaan lanjut kepada saya ya.
Wednesday, 29 July 2015
Jurnal 21/44 : Tips Kurus selepas Ramadhan
Gambar : FB Zelmey Yusof
Tuesday, 7 July 2015
Jurnal 20/44 : Panduan kepada suri bekerjaya sebelum berhenti kerja.
Sumber : FB Puan Ainon Mohd. & Wikipedia
Assalamualaikum w.b.t. Semoga pembaca yang mengikuti blog ini mendapat manfaat dalam setiap penulisan saya, insha Allah.
Pagi ini, saya sekali untuk berkongsi tips yang saya perolehi daripada laman muka buku Puan Ainon Mohd. Siapa Puan Ainon Mohd ini?
Beliau adalah seorang usahawan dan penulis yang kreatif dan aktif, bukan sahaja penulisan secara hardcopy (buku/majalah), tetapi juga di laman maya. Beliau juga adalah pengasas yang menubuhkan syarikah PTS Media Group Sdn Bhd. Pembacaan lanjut profail beliau boleh di perolehi dari laman sesawang PTS.
Soalan yang diajukan kepada Puan Ainon yang dikongsi di facebook beliau adalah :
- Shamsurizam Norsham Hati-hati, pertambahan jualan akan menyebabkan pertambahan kos operasi... oleh itu, kena pastikan pertambahan kos operasi dapat diminimumkan dan cash flow dapat ditingkatkan dengan kempen pemasaran yang berkesan smile emoticon
- Supar Hammerhead Don PENDAPAT SAYA... BUAT SAMPINGAN DULU... kemudian bila dah ada modal, ambil pekerja walaupun sorang ... lengkapkan mesin dan peralatan bakery.. luaskan pasaran.. tambah pekerja.. BILA DAH BOLEH JANA PENDAPATAN YANG KUKUH... baru fikir berhenti atau pencen awal....
.
- Kuasai Diri Sendiri
- Kuasai Teknik Jualan
- Kuasai Pengurusan Kewangan & Operasi
.
Cara paling murah & mudah adalah bergabung dengan Marketer di sini untuk tingkatkan jualan.. Barulah anda boleh fokus kepada kualiti & operasi.. Jgn takut ambil pekerja utk bantu anda.. Selamat Berjaya! like emoticon
**jauh perjalanan nya..ini ape yang 'kami' buat sebelum kami diberhenti kankan kerja..makan masa..
Bidang bakery atau pembuatan kek, biskut malahan coklat merupakan salah satu bidang yang boleh memberikan anda idea untuk menjana pendapatan tambahan walaupun anda masih bekerja, kerana peruntukan masa boleh di gunakan waktu cuti hujung minggu dan dihasilkan di ruang dapur sedia ada kini.
Mungkin entry kali ini boleh dijadikan panduan kepada anda yang berminat dalam bidang yang sama, atau sedang terjun dalam bidang yang sama dan berhajat untuk berhenti kerja setelah beberapa lama membuat perniagaan secara separuh masa.









