Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts

Friday, 4 September 2015

Jurnal 30/44 : Petua Meredakan Sakit Gigi

Teks : Sumber ePetua
Gambar : FB Nor Azlina Najib


Pilihan 1: Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi di dalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas.

Pilihan 2: Ambil isi lidah buaya dan diletakkan pada tempat yang sakit 2 hingga 4 jam.

Pilihan 3: Ambil satu sudu teh garam dan masukkan ke dalam secawan air panas.  Setelah garam larut dan air menjadi suam, kumur dengan air garam tersebut  sehingga sakit gigi anda reda.

Pilihan 4: Ambil 10-15 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4 – 6 gelas sehingga mendidih. Sejukkan dan tapiskan. Berkumurlah dengan air daun sirih sehingga sakit gigi hilang.

Pilihan 5: Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit. Sakit gigi akan berkurangan.

Pilihan 6: Cuba minum air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus untuk mengurangkan sakit gigi.

Pilihan 7: Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habatussauda), letakkan ke dalam gigi yang berlubang.

Pilihan 8: Ambil daun serai dan tumbukkan  hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.

Pilihan 9: Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Insya-Allah sakit gigi anda cepat hilang.

Pilihan 10: Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan ramuan tersebut ke dalam gigi berlubang.

Pilihan 11: Ambil betik muda yang mempunyai banyak getah. Kemudian getah tersebut  dititiskan pada lubang gigi yang sakit itu dengan menggunakan kapas. Elakkan daripada terkena lidah kerana ia akan menimbulkan rasa gatal sekiranya terkena.

Pilihan 12: Ambil getah pokok kemboja dan letakkan ke dalam gigi yang berlubang. Jika gusi pula bengkak maka sapukan getah tadi di tempat yang bengkak.

Pilihan 13: Campurkan sedikit air suam dengan sedikit cuka. Berkumurlah dengan campuran tadi untuk mengurangkan sakit gigi.

Pilihan 14: Ambil kapas dan jadikan bebola. Celupkan ke dalam minyak masak yang telah digunakan. Letakkan ke dalam piring lalu bakar kapas sekejap dan jangan sampai jadi abu. Padamkan api dan letakkan kapas tersebut ke dalam gigi yang berlubang. Perlu diberi perhatian jangan terkena gusi.

Pilihan 15: Ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu di kunyah-kunyah untuk mengurangkan sakit gigi.

Pilihan 16: Ambil akar senduduk putih direbus dan airnya digunakan untuk berkumur.

Pilihan 17: Ambil buah tomato muda kemudian belah dua.  Setelah itu masukkan tomato sebahagian kecil ke dalam gigi anda yang sakit. Seandainya gigi anda dimakan ulat pasti ulatnya akan keluar dengan sendirinya. Tidak lama kemudian kumur sehingga sembuh. Jika petua ini sesuai, pasti anda tidak akan diulangi sakit gigi lagi.

Pilihan 18: Letakkan campuran serbuk lada dan minyak bunga cengkih pada gusi dan gigi berlubang.

Pilihan 19: Rendamkan sedikit gambir di dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan mengebaskan gusi tapi jangan menggunakan banyak kerana akan mengebaskan seluruh mulut. Insya-Allah berkesan.

Pilihan 20: Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan kumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.

Pilihan 21: Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar ke dalam daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

Pilihan 22: Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama 1 jam.

Pilihan 23: Daun sirih yang sudah diletakkan minyak kelapa, dilayurkan atau dipanggangkan pada api, kemudian tampalkan pada pipi yang sakit itu, lakukan dua kali satu hari sampai 3 hari berturut-turut.

Pilihan 24: Ambil tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah. Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah. Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari. Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi. Garam dapat menahan pengaliran darah.

Pilihan 25: Ambil sepotong kecil bawang merah dan tempatkan pada bahagian gigi yang sakit untuk meredakan gigi yang sedang sakit.mengunyah bawang merah selama 3 minit dinyatakan cukup untuk membunuh semua kuman di mulut.

Wednesday, 29 July 2015

Jurnal 21/44 : Tips Kurus selepas Ramadhan

Teks : Nor Azlina Najib
Gambar : FB Zelmey Yusof


Sudah agak lama tidak mempromosikan L'arome di dinding muka buku lantaran kerana saya yakin produk yang hebat, berkesan akan mudah untuk mendapatkan testimoni sebenar dan pelanggan yang berulang.

Sekarang musim open house, atau rumah terbuka dan termasuk pejabat terbuka. Adat orang menjemput, wajarlah dipenuhi jemputan tersebut. Menu yang dihidangkan pula menambat selera dan nafsu makan yang sebelum ini tergenggam kemas dalam bulan Ramadhan. 

Mungkin anda seorang yang berdisiplin dalam meneruskan diet, atau masih berpuasa ganti/puasa 6 Syawal, tetapi sebagai "food lover" anda sukar untuk menolak apa jua juadah yang terhidang dan tidak mustahil anda berupaya menambahkan berat badan anda 3KG dalam tempoh 3 hari, 5 hari atau 7 hari.

Sedangkan 3kg itu adalah hasil berpuasa 30 hari Ramadhan, anda berjaya top-up 3kg tersebut dalam tempoh 5 hari di bulan Syawal.


Mujur stok L'arome sedia ada sebagai salah seorang Stokis Mobile, jadinya untuk mendapatkan stok itu lebih mudah cepat & pantas. Hanya dengan sapuan, dapat mengekalkan berat badan ideal atau ukur lilit bentuk badan anda. Bukan itu sahaja, , malah L'arome Warm Serum ini juga mampu menghilangkan lemak dibahagian peha, lengan dan dagu berlapis.

Jom sapu L'arome sebelum menghadiri open house...
Berminat ?? sms/whatsapp 0164442134

www.norazlinanajib.blogspot.com
#janapendapatandenganABDR

Saturday, 27 June 2015

Jurnal 18/44 : Fikir Semula untuk Tidur Selepas Subuh

Teks : Detik Islam  

Kajian yang disampaikan oleh salah seorang anggotanya Dr. Alyssa Cairns pada Associated Professional Sleep Societies di Minneapolis terhadap 738 kanak-kanak yang berusia dua tahun ke atas mendapati mereka yang tidur lewat petang terbukti sukar untuk tidur malam dan gagal memainkan puzzle dan kemahiran organisasi. Akibat kebiasaan tidur di lewat petang mereka akan lewat tidur 39 minit berbanding dengan rakan sebaya yang tidak tidur.


Sedangkan tidur yang paling bermanfaat adalah tidur di saat yang sangat diperlukan tidur (sangat ngantuk). Demikian juga, tidur di awal malam lebih bermanfaat dari pada tidur di akhir malam. Tidur di tengah hari lebih bermanfaat daripada tidur petang. Apabila tidur antara lewat petang dan waktu maghrib, maka manfaatnya akan semakin berkurang dan memudaratkan.


Apalagi tidur di waktu Asar (atau sesudah solat Asar) dan tidur di awal siang, kecuali bagi yang malamnya tidak tidur. Selain itu, waktu-waktu yang dimakruhkan untuk tidur adalah waktu antara sesudah solat subuh dan terbitnya matahari. Secara ringkas, tidur yang paling bermanfaat adalah tidur selama setengah malam yang pertama dan seperenam yang terakhir, kira-kira lapan jam.


Inilah tidur yang perlu menurut para doktor. Kurang dan lebihnya waktu tidur dari lapan jam akan menimbulkan ketidak seimbangan pada badan. Tidur menjadi sesuatu intipati dalam kehidupan kita kerana dengan tidur, kita menjadi segar kembali. Tubuh yang letih, urat-urat yang mengerut dan otot-otot yang diguna untuk bekerja seharian boleh meremaja semula melalui tidur. Tidur menjadi sesuatu yang intipati dalam kehidupan kita.


Ada dua waktu tidur yang tidak disarankan oleh Rasulullah


1. Tidur di pagi hari setelah solat subuh


"Termasuk hal yang makruh bagi mereka yang orang soleh adalah tidur antara solat subuh dengan terbitnya matahari, kerana waktu itu adalah waktu yang sangat berharga sekali. Terdapat kebiasaan yang menarik dan agung sekali mengenai pemanfaatan waktu tersebut dari orang-orang soleh, walaupun mereka berjalan sepanjang malam mereka tidak akan berehat pada waktu tersebut hingga matahari terbit.


Ia adalah awal hari dan sekaligus sebagai kuncinya. Ia merupakan masa turunnya rezeki, adanya pembahagian, turunnya keberkatan dan mengembalikan segala kejadian hari itu atas kejadian masa yang mahal tersebut. Oleh itu tidurnya pada saat seperti itu seperti tidurnya orang yang terpaksa "(Madaarijus-Saalikiin 1/459).


2. Tidur sebelum solat Isyak


Diriwayatkan dari Abu Barzah radlyallaahu 'anhu: "Bahawasannya Rasulullah shallallaahu' alaihi wasallam membenci tidur sebelum solat isyak dan berbual selepas" (HR. Bukhari 568 dan Muslim 647). Beberapa ulama menjelaskan, sebab dibenci tidur malam sebelum isyak adalah boleh menyebabkan tidak menunaikan solat isya 'pada waktunya.


Akibat terlalu banyak tidur:


1. Banyak tidur akan mematikan hati.


2. Menambah berat badan.


3. Menghilangkan manfaat masa.


4. Menimbulkan kemalasan.


5. Banyak tidur ini hukumnya sangat makruh.


6. Banyak tidur juga akan membahayakan badan dan tidak bermanfaat bagi badan.


*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab



Posted via Blogaway

Monday, 22 June 2015

Jurnal 16/44 : Nukilan Anak Eczema

Teks : Nor Azlina Najib
Gambar : Sumber Google

Lena adik terganggu lagi
Dek kerana gatal di awal pagi

Tangis adik memecah kesunyian malam
Yang mampu mengejutkan tidur sang ibu
Bingkas bangun dan menyusukan
Sambil tangan menepis jemari adik yang rakus menggaru

Jeritan adik reda lagi
Bila dipangku dan di dodoi semula
Penat lengan kanan bersilih lengan kiri
Lenguh berdiri, bersambung di riba

Tidurlah adik tidurlah sayang
Hapuskan kegelisahanmu dengan zikir kifarah
Agar tenang menghadapi hari mendatang
Usah di tangis ujian ini, kerana umi pasti masih ada yang lebih hebat dugaannya.

Monday, 15 June 2015

Jurnal 8/44 : Eczema dan Sindrom Usus Bocor

Teks : Nor Azlina Najib via google
Gambar : Google


Alhamdulillah, syukur hari ini masih diberi peluang oleh Allah untuk menikmati segala pemberianNya, dari sekecil-kecil zarah. Walaupun tidur malam masih lagi dalam istilah tidur-tidur ayam kerana Khalisya sudah mula menunjukkan tanda ketidak selesaan pada eczema-nya. Khalisya menghadapi masalah ini sejak berumur 4 bulan. Saya sedia berkongsi cerita ini di FB saya dengan tajuk NIKMAT SIHAT PART 1. Hanya bermula dengan ruam-ruam kecil yang pada hemat saya, ruam susu atau kurap susu. Tetapi ruam susu itu sudah mula menular di keseluruhan pipi adik yang memberikan signal kepada saya, ini bukan ruam biasa.

Sejak itu, saya mencari-cari rawatan untuk penyakit Eczema supaya kulit Khalisya kembali sihat seperti bayi normal yang lain.




Eczema merupakan masalah radang kulit yang dialami bermula pada bayi dan kebiasaannya akan berkurangan apabila bayi berumur tiga hingga lima tahun tetapi ada juga eczema yang tidak hilang dan timbul pada peringkat umur yang lain. Penyakit kulit berpotensi menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira lapisan usia, bangsa malahan jantina. Melalui buku "Pendekatan Eczema secara Holistik" oleh Dr. Suriyakhatun Osman, radang pada kulit ditimbulkan oleh badan sendiri dengan mengeluarkan bahan yang menyebabkan radang. Ini dilakukan oleh sistem imunisasi sendiri maka, eczema merupakan tindakan songsang sistem immune.


FAKTOR PENYAKIT ECZEMA.


Punca sebenar serangan eczema tidak dapat dipastikan dengan tepat. Namun terdapat beberapa kajian yang menyatakan faktor-faktor ini boleh menjadi punca eczema, iaitu : 


  • pengunaan sabun dan detergen
  • keadaan cuaca yang panas
  • alahan kepada material atau persekitaran
  • stress
  • Genetik Ibu/Bapa
Ada juga pandangan yang mengatakan bahawa punca eczema adalah daripada diet atau pemakanan seharian, pengambilan ubat-ubatan dan persekitaran yang menyumbang kepada "Leaky Gut" atau Sindrom Usus Bocor. 
Sumber : FB - Kelab Sokongan Eczema 

Sindrom Usus Bocor adalah satu keadaan di mana saluran usus bocor dan tidak dapat berfungsi dengan betul. Ini seterusnya menyebabkan bahan-bahan yang tidak sepatutnya seperti bahan toksin, bakteria jahat, parasit, yis dan fungus akan masuk ke dalam saluran darah. Apabila ini terjadi, hati kita akan bekerja lebih, tanpa henti dan mengakibatkan sistem immune menjadi kucar kacir. Saya suka penjelasan yang jelas dari blog *WAJIB BACA*mengenai sindrom perut bocor.

Apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki masalah ini ? 

Monday, 8 June 2015

Jurnal 5/44 : Mari Belajar Buat Probiotik

Teks : Nor Azlina Najib
Gambar : FB Nor Azlina Najib / Google

Alhamdulillah, hari Ahad yang lepas..saya berjaya menghadiri Kelas Khas Membuat Probiotik di Zarraz Medicare No. 7 Jln Suarasa 8/5, Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor. 



Haa...apa itu probiotik? Pernah dengar probiotik sebelum ini...atau biasa dengar antibiotik sahaja?

> Probiotik ialah makanan tambahan yang mengandungi bakteria atau ragi baik melekat pada dinding usus untuk menjadikan manusia kuat dan sihat. Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik. - sumber wikipedia-


> PROBIOTIK merupakan bakteria yang bertindak membantu mengekalkan kesihatan dan ia bukan saja membantu fungsi pencernaan malah mengurangkan kehadiran organisma berbahaya.
Penggunaan probiotik terbukti mampu mencegah atau merawat. Menurut definisi yang diguna pakai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik adalah mikro-organisme hidup yang apabila digunakan dalam jumlah mencukupi akan memberi manfaat kesihatan kepada mereka yang menggunakannya.
Kultur bakteria probiotik seperti lactobacillus dan bifidobacterium merupakan dua jenis bakteria baik atau bakteria bermanfaat yang paling dikenali. Kedua-duanya digunakan untuk membantu memantapkan semula flora perut yang dihasilkan secara semula jadi oleh badan.
Penyelidikan mendapati bahawa probiotik juga boleh membantu menguatkan sistem imun badan untuk melawan alahan, pengambilan alkohol berlebihan, tekanan, pendedahan kepada bahan toksik dan penyakit lain.
Probiotik yang berasal daripada perkataan Greek bermaksud 'untuk kehidupan' sudah pun digunakan sejak berabad-abad lamanya sebagai komponen semula jadi dalam makanan berteraskan kesihatan.
Istilah 'probiotik' mula diperkenalkan pada 1965 oleh Lily dan Stillwell apabila ia diperjelaskan sebagai faktor penggalak pertumbuhan yang dihasilkan oleh mikro organisma. Berbeza dengan antibiotik, probiotik didefinisikan sebagai faktor terbitan mikrob yang merangsang pertumbuhan mikro organisma lain.
Secara umumnya, probiotik melekat pada dinding dan menghuni saluran gastrousus. Ia dapat memperbaiki masalah usus seperti kembung, flatulen, cirit-birit dan sembelit yang disebabkan mikroflora usus yang tidak seimbang dengan mengeluarkan anti infektif protein untuk melawan patogen.
Pakar kesihatan juga turut mencadangkan pesakit yang mengambil rawatan antibiotik supaya menambahkan probiotik ke dalam pemakanan mereka. Ini kerana antibiotik menghapuskan semua bakteria, termasuk bakteria yang bermanfaat.
Ini membenarkan bakteria berbahaya dapat membiak secara berlebihan dan membawa kepada masalah gastrousus. Dos probiotik yang sihat dapat menjauhkan patogen berbahaya dan memperbaiki keseimbangan mikroflora usus.
Kehadiran bakteria bermanfaat memastikan toksik dikeluarkan daripada usus dan tidak diserap ke dalam salur darah. Selain itu, probiotik juga berupaya menghalang atau mengawal pertumbuhan patogen usus seperti salmonella, staphylococcus dan Candida albicans. Ianya penting kerana pertumbuhan patogen usus boleh menyebabkan alergi, kembung perut, cirit-birit dan gastritis.
Ada kajian yang menyokong pengambilan probiotik memandangkan ia mungkin membantu mengelak kejadian seperti masalah keradangan usus di kalangan orang dewasa, manakala kanak-kanak juga tidak terlepas daripada mengalami masalah gangguan penghadaman seperti intoleransi laktosa, sembelit, cirit-birit dan juga kembung perut.
Dalam pada itu, pengambilan probiotik untuk kanak-kanak didapati memberi manfaat kepada kanak-kanak yang tidak diberikan susu ibu, mempunyai imun sistem yang lemah, kurang selera makan dan sering mendapat alahan termasuk mengurangkan risiko kejadian ekzema.
Bacaan lanjut di BERITA HARIAN ONLINE 
Panjang kisah Probiotik dengan saya. Bagaimana saya kenal Probiotik, sehingga saya sanggup pergi belajar membuat probiotik.
Nantikan entry selanjutnya.