Showing posts with label Eczema. Show all posts
Showing posts with label Eczema. Show all posts

Monday, 22 June 2015

Jurnal 16/44 : Nukilan Anak Eczema

Teks : Nor Azlina Najib
Gambar : Sumber Google

Lena adik terganggu lagi
Dek kerana gatal di awal pagi

Tangis adik memecah kesunyian malam
Yang mampu mengejutkan tidur sang ibu
Bingkas bangun dan menyusukan
Sambil tangan menepis jemari adik yang rakus menggaru

Jeritan adik reda lagi
Bila dipangku dan di dodoi semula
Penat lengan kanan bersilih lengan kiri
Lenguh berdiri, bersambung di riba

Tidurlah adik tidurlah sayang
Hapuskan kegelisahanmu dengan zikir kifarah
Agar tenang menghadapi hari mendatang
Usah di tangis ujian ini, kerana umi pasti masih ada yang lebih hebat dugaannya.

Saturday, 20 June 2015

Jurnal 12/44 : Rezeki Milik Allah


.
Teks : Nor Azlina Najib
Gambar : Nor Azlina Najib

Anak syurga saya - Annur Khalisya.

Alhamdulillah, sudah banyak perkembangan terbaik melalui tempoh pemulihan eczema. Syukur juga pada Allah yang mengurniakan ilham untuk iqra' setiap apa berlaku, maka dengan itu saya lebih sedar dan mengambil inisiatif untuk keluar melawan arus.

Biarpun tempoh pemulihan agak lama, tetapi sekurang-kurangnya saya tahu punca dan apa yang patut di lakukan. Biarpun kos rawatan yang besar kerana perlu ada konsep "cubajaya", tetapi saya yakin itu semua usaha sebagai manusia dan tanggungjawab ibu bapa untuk beri yang terbaik pada anak-anak.

Alhamdulillah, adik sekarang kurang aktiviti menggaru hingga melukakan diri sendiri kecuali jika adik stress hendak tidur, atau kehendaknya tidak di penuhi. Sekarang memasuki fasa " explore", ohh baru setahun sebulan tetapi fasa ini begitu memenatkan..hahahaha

Sudah pandai memanjat walker, turun dari walker sendiri, turun katil sendiri..huhuh. Teman bergaduh kakak hari-hari.

Rezeki dari Allah, semuanya berbentuk pinjaman. Apa yang ada hari ini, belum tentu ada esok hari. Apa milik kita? Kita pun milik Allah. Tiada satu pun milik kita

Posted via Blogaway