Sunday 4 October 2015

Jurnal 34/44 : Pendapatan Tambahan Ketika Musim Jerebu



Teks ; Nor Azlina Najib
Gambar : Nor Azlina Najib

Assalamualaikum semua suri-suri pembaca blog saya. Apa khabar anda di hujung minggu ini? Kepenatan barangkali menguruskan hal ehwal rumahtangga, atau mungkin ada di antara kalian yang pergi bercuti bersama keluarga atau menghadiri jemputan kenduri. Apa juga yang kalian lakukan, di harap semuanya berjalan lancar dan bergembira. Syukur

Bagi saya, hari Ahad ini sessi membasuh baju anak-anak. Lazimnya tugasan ini di lakukan di rumah, tetapi oleh kerana bacaan IPU jerebu semakin naik, maka tugasan mencuci dan mengeringkan kain baju terutamanya bagi anak-anak yang berkulit sensitif ianya di lakukan di pusat cucian kering (laundry). Ini kali kedua, Nur menggunakan khidmat ini. Mudah tetapi tidak praktikal dari segi ekonomi. Tetapi oleh kerana tiada pilihan lain, maka di sinilah Nur dan Khaliqah menghabiskan masa selama 1jam 15minit dan meninggalkan Khalisya bersama Opah di rumah.

Dalam tempoh ini, Nur terfikir sebenarnya pusat khidmat cucian begini juga menjana pendapatan pasif. Terutamanya kepada mereka yang mempunyai modal. Hanya perlu mencari tempat yang strategik. Hebat, kepada mereka yang berniaga dan fokus kepada menyelesaikan masalah sejagat. Dalam keadaan cuaca berjerebu, musim hujan, atau mesin basuh rosak, sudah pasti permintaan kepada perkhidmatan ini agak tinggi. Rata-rata sepanjang Nur menunggu di sini, memang semua mesin (8 mesin basuh dan 12 mesin pengering) digunakan sepenuhnya.

Congakan secara kasar, jika seorang menggunakan mesin pembasuh (Rm5) dan mengering(Rm2.50), pendapatan dari seorang adalah Rm7. Jika sehari ada 10 orang menggunakan mesin, maka pendapatan harian adalah Rm70.00 dan pendapatan bulanan Rm2,100 tidak termasuk kos menyewa kedai, kos sabun, pewangi, kos baik pulih mesin.

Justeru, kepada yang berada di rumah dan mungkin mempunyai mesin pengering, boleh mengambil upah mencuci, mengering malahan seterika pakaian dari rumah, tanpa melibatkan kos sewa kedai pun.



Posted via Blogaway


No comments:

Post a Comment