Monday 15 June 2015

Jurnal 8/44 : Eczema dan Sindrom Usus Bocor

Teks : Nor Azlina Najib via google
Gambar : Google


Alhamdulillah, syukur hari ini masih diberi peluang oleh Allah untuk menikmati segala pemberianNya, dari sekecil-kecil zarah. Walaupun tidur malam masih lagi dalam istilah tidur-tidur ayam kerana Khalisya sudah mula menunjukkan tanda ketidak selesaan pada eczema-nya. Khalisya menghadapi masalah ini sejak berumur 4 bulan. Saya sedia berkongsi cerita ini di FB saya dengan tajuk NIKMAT SIHAT PART 1. Hanya bermula dengan ruam-ruam kecil yang pada hemat saya, ruam susu atau kurap susu. Tetapi ruam susu itu sudah mula menular di keseluruhan pipi adik yang memberikan signal kepada saya, ini bukan ruam biasa.

Sejak itu, saya mencari-cari rawatan untuk penyakit Eczema supaya kulit Khalisya kembali sihat seperti bayi normal yang lain.




Eczema merupakan masalah radang kulit yang dialami bermula pada bayi dan kebiasaannya akan berkurangan apabila bayi berumur tiga hingga lima tahun tetapi ada juga eczema yang tidak hilang dan timbul pada peringkat umur yang lain. Penyakit kulit berpotensi menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira lapisan usia, bangsa malahan jantina. Melalui buku "Pendekatan Eczema secara Holistik" oleh Dr. Suriyakhatun Osman, radang pada kulit ditimbulkan oleh badan sendiri dengan mengeluarkan bahan yang menyebabkan radang. Ini dilakukan oleh sistem imunisasi sendiri maka, eczema merupakan tindakan songsang sistem immune.


FAKTOR PENYAKIT ECZEMA.


Punca sebenar serangan eczema tidak dapat dipastikan dengan tepat. Namun terdapat beberapa kajian yang menyatakan faktor-faktor ini boleh menjadi punca eczema, iaitu : 


  • pengunaan sabun dan detergen
  • keadaan cuaca yang panas
  • alahan kepada material atau persekitaran
  • stress
  • Genetik Ibu/Bapa
Ada juga pandangan yang mengatakan bahawa punca eczema adalah daripada diet atau pemakanan seharian, pengambilan ubat-ubatan dan persekitaran yang menyumbang kepada "Leaky Gut" atau Sindrom Usus Bocor. 
Sumber : FB - Kelab Sokongan Eczema 

Sindrom Usus Bocor adalah satu keadaan di mana saluran usus bocor dan tidak dapat berfungsi dengan betul. Ini seterusnya menyebabkan bahan-bahan yang tidak sepatutnya seperti bahan toksin, bakteria jahat, parasit, yis dan fungus akan masuk ke dalam saluran darah. Apabila ini terjadi, hati kita akan bekerja lebih, tanpa henti dan mengakibatkan sistem immune menjadi kucar kacir. Saya suka penjelasan yang jelas dari blog *WAJIB BACA*mengenai sindrom perut bocor.

Apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki masalah ini ? 

No comments:

Post a Comment