Thursday 28 May 2015

Jurnal 1/44: Menjana Pendapatan Sambil Bekerja

Teks : Nor Azlina Najib
Gambar : Google


Menjana Pendapatan Sambil Bekerja, itulah tajuk blog hasil dari analisis soalan yang diajukan ketika menyertai program Akademi Bekerja Di Rumah. Sekali imbas, banyak persoalan dan idea yang boleh dikupas untuk entry kali ini. Tetapi semuanya timbul apabila anak semakin bertambah dan membesar. Kerap kali memikirkan alangkah indahnya hidup bila dapat berkelek dengan anak 24 jam sehari. Bangun menyiapkan sarapan, mandikan anak-anak, menghantar kakak Khaliqah ke sekolah kemudian balik menguruskan rumah sambil bermain dengan adik Khalisya.

Pejam celik, pejam celik usia kakak telah menghampiri 6 tahun manakala adik pula telah mencecah setahun pada 3 Mei yang lepas. Terasa masa berlalu sangat pantas sehinggakan proses membesarkan anak-anak menjadi semakin singkat. Tidak lama lagi kakak akan memasuki alam persekolahan, Darjah Satu. Kakak akan lebih masa di luar rumah bilamana aktiviti persekolahan menuntut kakak berada sekurang-kurangnya 6 jam di sekolah. 

Umi ? Masih lagi banyak menghabiskan masa di jalanraya, di pejabat menghadap wajah yang sarat dengan pelbagai emosi dan tidak mustahil juga akan ada waktu umi kerja di luar pejabat. Sesuatu yang sebelum ini cuba dielakkan, tetapi jika kerana tugasan umi sanggup berhabis wang ringgit semata-mata memastikan tiada hari yang berlalu tanpa anak di sisi. 

Alhamdulillah, persekitaran kerjaya sekarang tidak membebankan emosi sehingga jiwa dan minda kacau. Tetapi, sudah tiba masanya untuk mengundurkan diri, atau berhijrah ke persekitaran yang lain pula. Produktiviti kerjaya tidak akan meningkat kalau bertahun-tahun membuat perkara yang sama, berjumpa rakan yang sama, partition yang sama. Cukuplah 3 tahun di satu-satu tempat untuk menjadi 'master' dalam skop kerja itu.

Bila di fikirkan soal berhijrah, tidak sanggup rasanya jika perubahan nanti memberikan impak negatif kepada diri, emosi, mental dan secara tidak langsung memberi kesan kepada keharmonian rumah tangga. Oleh kerana itu, telah lama umi bercita-cita untuk melepaskan jawatan ini dan dapat membesarkan, mendidik anak-anak dengan acuan umi sendiri. Tapi umi sedar, kos sara hidup semakin besar dan meningkat. Umi kena lakukan sesuatu untuk membantu abah. Bukannya untuk hidup bermewah-mewah, cukup makan minum, cukup pendidikan, cukup duit perubatan dan belanja pada ibu bapa. 

Tambahan pula, umi suka berkongsi kan dengan rakan-rakan sekiranya sesuatu produk, perkara atau ilmu itu bermanfaat kepada umi. Manalah tahu, jika membantu rakan-rakan juga. Sebab itu, umi cuba menjana pendapatan sampingan walaupun sambil bekerja. Insha allah, sudah hampir 

Kerja hakiki memperuntukkan masa dari jam 8.30am hingga 5.30pm. Kerja sampingan hanyalah ketika waktu rehat (lunch hour) atau sekitar jam 6.00pm - 8.00pm. Cukup 2-3 jam sahaja. Cuma perlukan semangat dan tekad yang tinggi, dengan harapan perniagaan yang bermula dengan 'suka-suka' ini akan dapat menjana pendapatan berlipat kali ganda dari gaji hakiki sedia ada. 

Namun begitu, perlu diingatkan antara perniagaan dan kerja hakiki perlu seimbang. Bunyi agak sukar, tetapi ianya bukanlah mustahil. Sudah ramai yang telah membuktikannya.

Apa yang penting adalah tips jika ingin berjaya seperti mereka. Entry selanjutnya akan membincangkan tentang tips kejayaan menjana pendapatan tambahan sambil bekerja.

No comments:

Post a Comment